Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Lenggong

Maklumat Pi1M | 8 May 2015

Selamat datang ke Portal Rasmi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Lenggong!

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi. Antaranya termasuk Telekom Malaysia (TM) yang bertujuan memperluaskan serta memberikan perkhidmatan jalur lebar ke kawasan luar bandar.

Matlamat utama penubuhan NADI adalah untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. Hasrat tersebut dilakasanakan dengan menyediakan akses internet kepada komuniti tempatan. Usaha yang dilakukan oleh NADI ini, adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. Bukan itu sahaja, Pusat Ekonomi Digital berusaha memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet agar masyarakat luar bandar dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

Nadi Pekan Lenggong telah mula beroperasi sejak Januari 2010 sehinggalah pada masa kini masih, NADI Pekan Lenggong terus memainkan peranan penting dalam memperkenalkan komunti setempat kepada dunia digital dan maklumat tanpa sempadan. Dengan kemudahan yang tersedia, pelbagai urusan kini dapat diselesaikan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga, dan kos.

 

Perkhidmatan dan Kemudahan di NADI Pekan Lenggong:

  1. Latihan ICT Percuma
    Ahli berdaftar NADI Pekan Lenggong boleh mengikuti latihan percuma seperti:
    • Pengenalan asas komputer dan internet
    • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-dagang, e-pembelajaran)
    • Desktop publishing (Microsoft Office)
  1. Kemudahan Digital
    • Perkhidmatan internet jalur lebar
    • Percetakan, pengimbasan, fotokopi, laminate dan binding
    • Zon internet tanpa wayar
  2. Perkhidmatan Tambahan
    • Pembayaran bil secara dalam talian
    • Urusan jual beli atas talian
    • Pengiklanan produk dan perkhidmatan secara digital
    • Akses kepada sistem penyampaian kerajaan untuk aduan atau cadangan

NADI Pekan Lenggong berkomitmen untuk terus menjadi pusat inovasi digital bagi komuniti setempat, membantu mereka memanfaatkan teknologi demi kemajuan bersama. Sertai kami hari ini untuk menikmati kemudahan dan peluang yang disediakan!