KISAH KEJAYAAN / CELIK IT Q3 2018 (JULAI – SEPTEMBER)
BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET
|
Nama |
: Nurul Fazira Binti Mohammad |
|
Umur |
: 12 Tahun |
|
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Pada mulanya, Adik Nurul Fazira datang ke PI Lenggong untuk membuat kerja sekolah (mencari bahan-bahan di internet). Selepas itu beliau mendaftar sebagai ahli PI Lenggong dan mengikuti kelas yang dijalankan. Sekarang ini, Adik Nurul Fazira masih lagi mengikuti kelas yang dijalankan di PI Lenggong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Nurul Fazira hanya mempunyai pengetahuan Komputer yang sangat sedikit. Beliau hanya tahu menggunakan internet, tetapi tidak Microsoft Office dan aplikasi lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan yang dijalankan di PI Lenggong, adik Nurul Fazira sudah mahir menggunakan Microsoft Office (Word/Power Point/Publisher/Excel) dan juga telah membuat e-mel sendiri.
