Kisah Kejayaan – NADI Mahir
Encik Amin, 27 tahun, ialah peserta Kursus Mahir Masak NADI Lenggong ambilan 2 yang benar-benar memberi inspirasi. Walaupun beliau merupakan OKU fizikal dan menggunakan kerusi roda, semangat Amin untuk belajar tidak pernah terbatas. Setiap kelas online dihadiri tanpa gagal, dan Amin sentiasa menjadi antara peserta paling rajin, aktif dan fokus.
Dalam setiap sesi, Encik Amin mengikuti tutorial masakan yang diajar oleh cikgu dengan penuh teliti. Walaupun pergerakan terbatas, beliau tetap berusaha menyiapkan setiap menu menggunakan susunan dapur yang disesuaikan mengikut keperluannya. Antara resipi yang dikuasainya ialah Korean Garlic Cheese Bun, dan Amin kini sudah mula menjual menu tersebut hasil minat dan kerajinannya sendiri.
Encik Amin juga telah menghantar permohonan untuk menyertai NADI Cooking Star dan beliau benar-benar berharap agar terpilih supaya dapat menunjukkan bakat dan meningkatkan lagi kemahiran memasaknya. Kisah Encik Amin membuktikan bahawa kekangan fizikal bukan penghalang untuk berjaya. Dengan semangat, usaha dan disiplin, sesiapa sahaja mampu melangkah lebih jauh.
