Kisah Kejayaan – NADI Mahir

Kisah Kejayaan | 14 April 2026

Puan Syilahizam, 46 tahun, ialah peserta Kursus Mahir Masak NADI Lenggong Ambilan 1 yang sentiasa menunjukkan komitmen luar biasa. Beliau hadir ke setiap kelas tanpa gagal dan mengikuti semua sesi pembelajaran dengan penuh disiplin serta minat.

Dalam setiap sesi, Puan Syilahizam mengikuti tutorial masakan yang diajar oleh cikgu dengan penuh teliti. Setiap kali kelas live berlangsung, beliau akan memasak bersama-sama cikgu mengikut langkah demi langkah yang ditunjukkan. Antara resipi yang kini dikuasainya ialah Korean Garlic Cheese Bun dan Red Velvet Soft Cookies. Hasil minat, latihan berterusan dan kerajinannya, Syilahizam sudah mula menjual kedua-dua menu tersebut.

Puan Syilahizam juga menghantar permohonan untuk menyertai NADI Cooking Star dan berjaya terpilih ke peringkat negeri, satu pencapaian yang membuktikan kesungguhan serta bakatnya dalam bidang kulinari.