Laporan Aktiviti Mac 2017

Laporan Aktiviti | 21 March 2017

Program         : Pertandingan Kahoot! Bersama Pelajar SK Gelok

Tarikh             : 1 Mac 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar  SK Gelok

 

Kahoot! adalah kuiz interaktif yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur terutama pelajar sekolah. Oleh itu, Pi Lenggong mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan Kahoot! dan menjemput seramai 16 orang pelajar tahun 6 SK Gelok  bagi menyertai kuiz ini.Kuiz interaktif berunsurkan pertandingan ini sangat menyeronokkan dan semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan serentak dalam masa yang diperuntukkan dan akan menerima maklum balas jawapan serta merta sama ada betul atau pun salah.Selain itu ia dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta. Peserta menjawab setiap soalan secara berkumpulan dan ini telah menambahkan keseronokan untuk pelajar bermain kuiz ini. Semua soalan kuiz direka berpandukan tahap pendidikan mereka. Selesai pertandingan Kahoot! pelajar didedahkan pula dengan taklimat penggunaan internet dengan betul iaitu Klik Dengan Bijak.

 

  

 

 


Program         : E- Learning  Bersama Pelajar PDK Lenggong (OKU) 

Tarikh             : 06 Mac 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar PDK Lenggong

 

Seramai 11 orang pelajar Pusat Pendidikan Khas (PDK) Lenggong telah hadir ke Pusat Internet Lenggong untuk menerima pendedahan berkaitan penggunaan komputer. Untuk permulaan ini, mereka di ajar menggunakan paint. Atas permintaan pihak pengurusan PDK ini, pihak Pi Lenggong akan mengadakan kelas internet bersama pelajar -pelajar istimewa ini setiap bulan. Semoga kerjasama dintara kedua belah pihak dapat membantu memberi pendedahan berkaitan penggunaah komputer kepada pelajar-pelajar ini.

 

 

 

 


Program         : Kelas Intel Bersama Guru KAFA

Tarikh             : 13 & 14 Mac 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : 17 Guru KAFA

 

Seramai 17 orang guru KAFA mengikuti kelas Intel Easy Steps dan Intel Entrepreneurship Basic. Kelas dijalankan selama 2 hari di Pusat Internet Lenggong. Kelas ini memberi pendedahan tentang asas penggunaan komputer dan internet tanpa mengira golongan sasaran.