Laporan Aktiviti September 2016
Program : Susun Puzle Online (Bendera Malaysia)
Tarikh : 17 September 2016
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Pihak Terlibat : Ahli Pi Lenggong
Seramai 10 orang ahli Pusat Internet Lenggong yang berumur antara 9 tahun hingga 13 tahun telah menyertai Pertandingan Susun Puzzle Online sempena Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan Malaysia. Pertandingan ini dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang untuk menggunakan pembelajaran secara online disamping dapat melahirkan persaingan yang sihat.
Program : Klik Dengan Bijak
Tarikh : 21 September 2016
Tempat : SMK Kenering
Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban, Pi Lawin dan Pelajar serta Guru SMK Kenering
Seramai 305 dan 3 orang guru terlibat dalam taklimat Klik Dengan Bijak yang telah dianjurkan ini. Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan internet secara positif di masa kini. Selain memberi taklimat, kuiz berkaitan KDB juga turut diberikan bagi memeriahkan suasana disamping dapat mengukur tahap kefahaman pelajar tentang kepentingan KDB ini.