Maklumat Am

Maklumat Am | 14 April 2026

Lenggong merupakan sebuah daerah kecil yang terletak dalam Daerah Hulu Perak. Ia berada kira-kira 100 kilometer dari bandar Ipoh dan terletak di tengah-tengah antara Kuala Kangsar dan Gerik. Berdasarkan fakta sejarah, kawasan ini dipercayai telah dihuni sejak sekian lama dan merupakan antara penempatan tertua di Asia Tenggara.

Persekitaran Lenggong yang kaya dengan sumber semula jadi menjadikannya sesuai untuk perkembangan tamadun awal. Secara geografi, kawasan Hulu Lenggong mempunyai gua-gua yang dipercayai menjadi tempat tinggal manusia zaman Paleolitik. Manakala di bahagian tengah dan hilir pula, terdapat sumber perairan seperti sungai, air terjun dan tasik yang menyokong kehidupan masyarakat.

Kewujudan bukti penempatan manusia sejak zaman Paleolitik telah melayakkan Lenggong diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2 Julai 2012 oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.

Pekan Lenggong mempunyai kira-kira 2,882 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan sebanyak 195 buah rumah. Walaupun 80% kawasan daerah ini merupakan kawasan kampung, Pekan Lenggong berfungsi sebagai pusat utama bagi urusan pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan di daerah ini.

Pentadbiran di Lenggong.

ParlimenP055 – Lenggong
Ahli ParlimenDatuk Seri Dr Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah
DUN (1)N03 – Kenering
ADUN (1)YB Ustaz Husairi Bin Ariffin
DUN (2)N04 – Kota Tampan
ADUN (2)Dato’ Seri Haji Saarani Bin Mohamad
Ketua Penolong Pegawai DaerahEn. Mohd Noor Azam Bin Ismail
Penghulu Mukim LenggongEn. Abdul Aziz Bin Ahmad
Ketua Kampung /Pengurusi MPKKEn. Abdul Harani Bin Harun