Pertanian
PERTANIAN
Kebanyakan industri pertanian dan penternakan di Daerah lenggong di urus selia oleh beberapa agensi kerajaan seperti:
- Pejabat Pertanian
- Pejabat Perikanan
- Pejabat Felcra
- Pejabat Risda
- Pejabat Peladang Kawasan
- Pejabat Haiwan
Di antara produk pertanian dan ternakan yang terkenal di daerah Lenggong adalah seperti;
- Tanaman Getah
- Tanaman Sawit
- Tanaman Pokok Cili
- Tanaman Pisang
- Tanaman Cendawan
- Ternakan Lembu
- Ternakan Rusa
- Ternakan Ikan Sangkar
- Ternakan Kambing
PENTERNAKAN
Ternakan Rusa Padang Ragut Sungai Soh (A)
Di kawasan Lenggong terdapat beberapa kawasan yang menjalankan penternakan rusa secara berkelompok. Salah satu daripadanya adalah Padang Ragut Sungai Soh (A) di Kampung Bukit Sapi. Padang Ragut ini mempunyai keluasan 140 ekar yang dibahagikan kepada 13 bahagian. Setakat ini,Padang Ragut Sungai Soh (A) mempunyai 480 ekor rusa.
Padang ragut ini merupakan projek perintis yang telah diusahakan hampir 15 tahun dahulu namun masih kekal sehingga kini dengan pengurusan baru oleh generasi kedua.

PERTANIAN
Tanaman Limau
Tanaman Limau Nipis semakin mendapat perhatian ramai di kawasan Lenggong ini. Ramai penduduk Lenggong telah mengusahakan tanaman Limau Nipis sama ada secara kecil-kecilan mahu pun besar-besaran.